Monday, May 9, 2011

Sukaneka PIBG

Acara yang sering menjadi kegemaran pasangan ibubapa dan juga guru. "Balingan kasih" itulah nama diberi.
Setiap pasangan akan diberikan sebiji telur ayam yang masih mentah. Si lelaki akan melontar telur tersebut yang kemudiannya akan disambut oleh pasangan perempuan. Jika semua peserta dapat menyambut telur tersebut tanpa pecah, maka jarak antara pasangan tersebut akan diletakkan lebih jauh.
Pemenang ditentukan dengan pasangan yang boleh menyambut tanpa memecahkan telur tersebut pada jarak yang paling jauh.
Teknik menyambut telur tersebut menjadi pengukur kepada kehebatan para pasangan. Telur perlu disambut dengan lembut pada tapak tangan, dan ditarik ke belakang untuk mengurangkan impak dan momentum telur tersebut pada tangan. Namun apabila lontaran tersasar daripada sasaran dan jarak semakin jauh, maka telur tersebut amat sukar untuk disambut dengan tangan tanpa pecah.

Penantian...

Selalu diungkapkan "penantian suatu penyeksaan"...
Mungkin juga ada hikmah disebalik penantian tersebut, siapa tahu? tuah ayam nampak di kaki, tuah badan siapa yang boleh ramal?
Bangunan baru sekolah yang masih dalam pembinaan ini dijangka siap pada bulan September 2011. Setelah hampir 2 tahun dibina, penantian oleh warga Sk. Kunak 2 itu hampir sampai ke "penghujung rancangan" dan hanya menunggu beberapa bulan sahaja lagi untuk selesai.
Bangunan baru ini telah menyimpan 1001 kenangan kepada seluruh warga sekolah mahu pun penduduk setempat.
Harapan tinggi diberikan supaya bangunan baru yang akan didiami ini akan menjadi permulaan kepada satu dunia IT yang baru.